Tuesday, December 15, 2009

Kuasai B.Inggeris agar tidak dijajah semula, kata Dr.M

Rakyat Malaysia amat perlu menguasai Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka memperoleh ilmu dengan lebih cepat dan memastikan negara ini tidak kembali dijajah, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat negara ini tidak akan dapat menguasai sesuatu ilmu dengan cepat jika mereka tidak menguasai bahasa tersebut.

Kegagalan berbuat demikian akan membuka jalan kepada pihak yang lebih berilmu menguasai dan mempengaruhi mereka sama ada secara langsung atau sebaliknya.

"Bahasa Inggeris adalah bahasa bagi Zaman Pengetahuan ini. Negara yang tidak menguasai Bahasa Inggeris bukan saja akan ketinggalan, malah menghadapi risiko dijajah, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Tanpa ilmu, sesebuah negara akan ditekan dan diserang,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ”Komponen Kepimpinan dan Dasar bagi Masyarakat Berilmu: Amalan Terbaik Yang Dicadangkan bagi Negara Anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)” pada Persidangan Akademi Sains Dunia Islam ke-17 (IAS).

No comments:

Post a Comment