Sunday, November 22, 2009

Berusia 15 tahun sudah buat duit on9!

22 NOVEMBER 2009
(BERSAMA DAUS)

Mohd Firdaus bin Fauzi, 23 Jun 1994, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Pernah tak anda mendengar nama DAUSLIFE? Di sini kami akan membongkarkan rahsia bagaimana Daus menjana wang melalui blognya. Beliau sudah berjaya menjana sebanyak RM20 sejak 15 november yang lalu! Walaupun sedikit, tetapi yang pasti, caranya amat berkesan.

Beliau baru berusia 15 tahun dan kini sudah mula menjana wang secara online. Beliau bermula sebagai Blogger ketika beliau masih darjah 3 sehinggalah yang anda kenali daus sekarang ini.

Pada 15 November yang lalu, daus telah memulakan perkhidmatan Review blog orang lain.
Review Blog bermaksud menulis artikel mengenai blog/produk seseorang. Setiap review yang ditulis akan dikenakan bayaran sebanyak RM10.

"Ada seorang member kat forum cakap blog saya PR3, kenapa tak cari duit melalui blog?sewakan tapak iklan ke, review produk ke, dan lain², so macam tu la saya terfikir untuk buat service ni..."
kata beliau apabila ditanya bagaimana dia terfikir perkhidmatan ini.

Diantara review yang sudah dibuat ialah mengenai "Blog Ekspress-Service Setup Blog WP" dan juga "Blog Teknologi Dan Kejuruteraan".

Selain perkhidmatan review blog, Daus juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain. Sila klik sini untuk lihat senarai perkhidmatan tersebut.


PESANAN DAUS:
Untuk yang masih newbie dalam mncari duit melalui blog, boleh mencuba shareapic.com dan catcheye.com untuk cari duit online... sila hubungi DAUS untuk maklumat lanjut:
EMAIL & YM >> dauspozi@yahoo.com

1 comment:

  1. wah, kenapa nama blog aku terpampang kat sini...

    ReplyDelete