Monday, October 26, 2009

Kitakah Penyebab Bencana Dunia?



Salam, sedang kita asyik dengan dunia. Apa kata jika kita berfikir ke arah kebenaran. tak kisahlah berapa lama kita berfikir walaupun seminit. Kita pasti akan meningkat setiap kali kita berfikir walaupun kita sangka kita tidak dapat apa-apa buah daripada berfikir. Kita telah mendengar terlalu banyak bencana berlaku seperti di Samoa, Indonesia dan banyak tempat lain lagi. Kenapa semua ini berlaku?

Tidakkah kita terfikir perjalanan hidup kita selama ini? Apakah tujuan kita dihidupkan di atas dunia ini? Ada yang lahir, pergi ke sekolah, tamat universiti, dapat pekerjaan yang bagus, pergi enjoy sana-sini dan akhir sekali MATI. Tidakkah berjuta-juta kematian boleh menyedarkan kita? Kenapa di negara lain bencana, kita pula tak tergerak hati untuk melihat hikmah?


Seluruh DUNIA berubah mengikut keadaan kita ! Contoh, jika kita buang sampah merata-rata, kita sangka sampah itu kecil, tetapi kita tidak tahu pada masa yang sama, berapa orang yang membuang sampah? Tidakkah kita tergolong dengan orang yang merosakkan alam?


Pada sudut diri kita pula, jika kita masih tidak sedar dan masih melakukan perkara batil, maka apalah gunanya kita hidup? Bukankah kita harus menjadi KHALIFAH? Fikirkanlah, adakah kita akan teruskan hidup dengan jasad dan rohani yang kotor, kalau begitu, maka kitalah penyebab bencana! Berfikirlah tujuan kita dihidupkan...


Salam

No comments:

Post a Comment